Friday, June 17, 2011

CITA-CITA

Cita-cita ialah petunjuk arah
dan pemberi ilham.
Tanpa cita-cita,
hidup ini umpama
air diulak pulau,
ke hulu ke hilir tidak menentu.
Disangka kealpaan itu,
satu nikmat,
padahal ia adalah satu laknat.

setiap individu
yang mengaku dirinya
seorang insan pelajar,
harus mempunyai cita-cita.
Ia adalah harga diri
dan maruah diri.
Ia harus diperkobarkan
dan diperjuangkan
sebagai satu jihad.

Cita-cita
yang dipagari dengan
tekun dan sabar,
akan berkesudahan
dengan kejayaan yang amat manis.
Insya-Allah.

Tuesday, June 14, 2011

Mulut celupar tu macho ka?

Ada orang bangga yang dirinya panas baran. Bangga kerana mulutnya celupar. Laser, kata orang sekarang. Ada orang yang memberikan alasan, beliau orang Negeri Sembilan, seorang lagi orang Melaka, seorang lagi orang Kedah.“Apakan daya, kami memang bangsa yang celupar!”, kata mereka.Memang ada yang beralasan begitu.Tetapi mampukah kita memberikan alasan yang sama di depan Tuhan nanti, “ampunkan aku ya Allah. Aku celupar kerana aku orang Negeri Sembilan! Aku melawak brutal kerana aku orang Kedah! Aku suka laser orang sebab mak bapakku semua begitu. Ia mengalir dalam darahku!”Mahukah Allah melayan alasan-alasan itu? Sebelum laser jadi bencana di Sana, muhasabah dulu di alam Sini.Memang ramai yang bangga atas keceluparan mulutnya. Terasa macho. Terasa hebat apabila berjaya memangkah orang. Celupar adalah sifat yang ada pada kebanyakan kita. Tetapi berbangga diri kerana celupar, ini yang bahaya. Orang seperti ini sedang melakukan sesuatu yang menyukarkan dirinya untuk berubah. Mahu terus celuparkah, kalau celupar kita itu menghancurkan rumah tangga? Menyakitkan hati isteri dan anak-anak kita? Mahu terus laser mulutkah, kalau laser itu telah membunuh sekian banyak persahabatan kita? Sampai bila kita mahu terus menipu diri sendiri, berlaku ego semata-mata kerana tidak mahu dilihat tidak macho sebab sudah tidak secelupar dulu? Sampai masa, apabila usia meningkat dewasa, kita tersedar akan kebodohan silam. Jika kita hanya celupar di hari silam, kesedaran boleh mengundang perubahan. Tetapi jika kita pernah berbangga dengan keceluparan, dan melukiskan imej diri sebagai macho kerana laser dan celupar, terimalah balasannya. Ketika hari kita sedar yang kita kena berubah, selepas melihat kehidupan ini binasa, kita tersepit antara menguzurkan keceluparan diri, dengan hilang maruah diri yang selama ini telah memperkenalkan kita sebagai seorang yang hebat kerana celupar.

Monday, June 6, 2011

10 Nasihat Yang Boleh Difikirkan!

~ Kita kehilangan banyak peluang jika berfikiran negatif.

~ 99 nama Allah merupakan sinar cahaya yang ada dalam setiap diri manusia.

~ Allah mengasihi setiap hamba ciptaan-Nya. Oleh itu, kita juga harus menyayangi semua orang.

~ 2 cara untuk melupakan pengalaman pahit; menghapuskan hal tersebut dan mencipta sesuatu yang lebih baik.

~ Tidak ada satu pun di dunia ini milik kita. Semuanya milik Allah dan akan kembali kepada-Nya. Kerana itu, jangan lah bersedih.

~ Maafkan semua orang dan lupakan masa lalu.

~ Lahirkan rasa kasih sayang kepada semua orang.

~ Masalah boleh selesai jika kita berfikir secara segitiga; saya, anda dan Allah.

~ Kosongkan minda setiap hari ketika tidur. Jangan fikir masalah.

~ Manfaatkan dan amalkan ilmu yang diperolehi demi kebaikan di dunia dan di akhirat.

Kata-kata Hikmah 3

"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuatkan kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuatkan kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuatkan kamu menjadi manusia yang kental, dan cukup harapan untuk membuatkan kamu positif terhadap kehidupan".

............................................................................

"Harta paling menguntungkan adalah SABAR. Teman paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi paling waspada adalah DIAM. Bahasa paling manis adalah SENYUM. Ibadah terindah tentunya KHUSYUK".

............................................................................

"Bicara lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu. Tetapi bicara kasar dapat mengasarkan hati yang mulus seperti sutera".

...........................................................................

"Rahsia untuk berjaya adalah menghormati orang lain".

...........................................................................

"Barang siapa tidak mampu mendidik dirinya, nescaya dia tidak mampu mendidik orang lain".

...........................................................................

"Andai kamu mendambakan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, jadilah semulia Ali. Andai kamu mengimpikan seorang suami sehebat Ali, bentuklah dirimu semulia Fatimah Az-Zahra".

...........................................................................

Kata-kata Hikmah 2

"Kejayaan tidak diukur dengan tinggi mana kedudukan yang dicapai oleh seseorang itu, tetapi oleh rintangan yang berjaya diatasinya tatkala mengejar sesuatu kejayaan".

Kata-kata Hikmah 1

"Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula menentukan kebahagiaan"

Wednesday, June 1, 2011

LELAKI IDAMANKU

Lelaki idamanku,
Tertegak Islam dalam dirinya,
Sejernih salju,
Hatinya dilingkari cinta Yang Satu,
Iman dan taqwa menjadi sepatu,
Dengan roh Islam dia melangkah maju,
Dahagakan pahala,
Hauskan ilmu,
Gagah melawan nafsu,
Solatnya dihayati penuh syahdu,
Kata-katanya benar tidak menipu.

Lelaki idamanku,
Teguh dalam saf perjuangan,
Teman-temannya adalah,
Pencinta syariat Islam,
Yang menyampaikan ilmu di dada,
Buat umat yang kehausan,
Yang menginfakkan harta,
Untuk jalan jihad dan kebenaran.

Lelaki idamanku,
Adalah lelaki beriman,
Yang mengalir dalam darahnya sifat kepimpinan,
Suka berbuat kebajikan,
Berbakti kepada ayah bondanya penuh kebaikan,
Dalam rumahtangga,
Dialah penjaga kerukunan,
Menghiasi jiwa ahlinya,
Dengan seagung-agung pegangan,
Mendidik anak dan isterinya menghayati Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Yang dunia baginya,
Rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idamanku sentiasa menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran,
Dengan petunjuk Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya daripada berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran,
Dengan rahmat Allah ke atasnya.

Lelaki idamanku
Tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuhnya penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya,
Bertambah penuh kematangan.

Lelaki idamanku,
Sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup adalah ladang di akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu,
Perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik bertunas,
Bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam,
Sebelum hari kemudian.

Lelaki idamanku,
Adalah lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawaku bersama,
Dialah,
Lelaki idamanku!!!

Luahan Hati Seorang Hawa Buat Adam...

Lelaki yang kami rindui

Lelaki yang kami rindui,
Hanya iman penggerak
hidupnya,
Tiangnya agama,
Batinnya taqwa,
Ilmu teguh di dada,
Hatinya sarat cinta,
Kepada Allah dan Rasul-Nya,
Suluhannya bukan nafsu semata-mata,
Tapi ihsan kaya di jiwa.

Lelaki yang kami rindui,
Terhibur dengan kalamullah,
Merasa manis dengan zikrullah,
Rindukan perjuangan Rasulullah,
Cintakan sunnah kekasih Allah,
Gagah menangkis mehnah,
Di akhir zaman yang penuh fitnah.

Lelaki yang kami rindui,
Mengemudi bahtera rumahtangga,
Petunjuknya Al-Quran,
Petanya sunnah junjungan,
Panjinya Islam,
Sauhnya iman,
Layarnya taqwa,
Pakaiannya sabar,
Semangatnya membara,
Setiap ketika,
Menggamit ketaatan.

Lelaki yang kami rindui,
Malamnya syahdu dek tangisan,
Tidak terbuai dek lena yang panjang,
Munajatnya pilu,
Penuh keinsafan,
Sujudnya penuh kehambaan,
Gentarkan neraka jahannam,
Agar tak menyentuh anak isteri tersayang.

Lelaki yang kami rindui,
Mengenalkan kami cinta hakiki,
Cinta Ilahi itulah visi,
Agar hidup diiringi Rabbi,
Bersih dari tipuan Iblis.

Dan lelaki yang kami rindui,
Membentangkan kami permaidani muhasabah,
Kata-katanya adalah tazkirah,
Senyumannya adalah nasihah,
Dan telunjuknya adalah arah,
Agar tetaplah kami penuh haibah,
Di atas landasan Islam yang indah,
Hingga kering titisan darah....

~ Hawa ~